Senin, 16 Juli 2012

KEISTIMEWAAN SHOLAT TARAWIH

Fadilah Sholat Tarawih

kaligrafi sholat

Diriwayatkan oleh Ali bin Abi Tholib . Beliau Berkata :

Para sahabatnya bertanya kepada Nabi Muhammad SAW tentang Fadilah atau Hikmah atau Syafa'at atau ganjaran shalat sunah tarawih di bulan Ramadhan, Nabi Muhammad SAW bersabda :

1. Barangsiapa yang Sholat Tarawih di malam pertama ( 1 ), Maka diampuni dosa-dosanya seperti ia baru dilahirkan oleh ibunya.

2. Sholat Tarawih di malam ke dua ( 2 ), Maka orang itu pasti akan mendapatkan ampunan dari Allah dan juga ibu bapaknya yang beriman.

3. Sholat Tarawih di malam ke tiga ( 3 ), Maka malaikat berseru dari bawah Arasy : Hai, hamba Allah lanjutkan pekerjaanmu ( melaksanakan Sholat Tarawih ) Niscaya Allah aan mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.

4. Sholat Tarawih di malam ke empat ( 4 ), Maka ia akan mendapatkan ganjaran pahala seakan-akan ia membaca Kitab Taurat, Zabur dan Al-Qur'anul Karim.

5. Sholat Tarawih di malam ke lima ( 5 ), Maka Allah memberikan ganjaran seperti orang yang sholat di Masjidil Haram (Mekah), Masjid Nabawi (Madinah) dan Masjidil Aqso (Palestina).

6. Sholat Tarawih di malam ke enam ( 6 ), Maka Allah memberikan ganjaran pahala sebanyak Malaikat yang Thawaf di Baitul Ma'mur dan memohon ampunan untuknya.

7. Sholat Tarawih di malam ke tujuh ( 7 ), Maka seakan-akan ia bersama-sama Nabi Musa As. berjuang dan menolongnya untuk menaklukan kedzaliman Fir'aun dan Haman.

8. Sholat Tarawih di malam ke delapan ( 8 ), Maka Allah memberikan karunia seperti Allah memberikan karunia kepada Nabi Ibrahim As.

9. Sholat Tarawih di malam ke sembilan ( 9 ), Maka seakan-akan ia beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW.

10. Sholat Tarawih di malam ke sepuluh ( 10 ), Maka Allah memberikan kepadanya kebaikan Dunia dan Akhirat.

11. Sholat Tarawih di malam ke sebelas ( 11 ), Maka apabila ia (kita) meninggal dunia maka kita dalam keadaan (Husnul Khotimah) bersih dari dosa, seperti baru dilahirkan ibunya.

12. Sholat Tarawih di malam ke duabelas ( 12 ), Maka pada hari Kiamat, kita (ia) akan menghadap Allah dengan wajah seperti Bulan Purnama.

13. Sholat Tarawih di malam ke tigabelas ( 13 ), Maka ia akan berada pada hari Kiamat, terbebas dari semua keburukan/kesalah-kesalahan.

14. Sholat Tarawih di malam ke empatbelas ( 14 ), Maka datanglah para malaikat, mereka menyaksikan bahwa orang ini telah sholat tarawih satu bulan penuh dan Allah akan menghisabnya (dengan mendapatkan kemudahan).

15. Sholat Tarawih di malam ke limabelas ( 15 ), Maka seluruh Malaikat, juga Malaikat Arasy dan Kursi selalu memohon untuknya Rahmat dan Ampunan.

16. Sholat Tarawih di malam ke enambelas ( 16 ), Maka Allah akan mencatat untuknya bebas dari api Neraka dan diperkenankan masuk Surga.

17. Sholat Tarawih di malam ke tujuhbelas ( 17 ), Maka ia akan diberi ganjaran pahala seperti para nabi.

18. Sholat Tarawih di malam ke delapanbelas ( 18 ), Maka para Malaikat memanggil (berseru-seru) : Hai, hamba Allah, sesungguhnya Allah ridho kepadamu juga kepada Ibu dan Bapakmu.

19. Sholat Tarawih di malam ke sembilanbelas ( 19 ), Maka Allah akan mengangkat/menaikkan derajatmu di dalam Surga Firdaus.

20. Sholat Tarawih di malam ke duapuluh ( 20 ), Maka Allah akan memberimu pahala seperti para Syuhada' (Pejuang) dan Sholihin (orang-orang sholih).

21. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhsatu ( 21 ), Maka Allah akan membangun sebuah istana di Surga untukmu dari Nur (Cahaya yang terang benderang).

22. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhdua ( 22 ), Maka pada hari Kiamat kita akan menghadap Allah dalam keadaan tenang, tidak ada rasa taut, gentar ataupun resah (panik).

23. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhtiga ( 23 ), Maka Allah mendirikan untuknya sebuah kota di dalam Surga.

24. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhempat ( 24 ), Maka ia akan mendapatkan 24 permohonan diterima Allah SWT.

25. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhlima ( 25 ), Maka Allah akan mengangkat/melepaskan ia dari azab kubur.

26. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhenam ( 26 ), Maka Allah akan menerimanya dan ganjaran dari padanya Ibadah selama 40 tahun.

27. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhtujuh ( 27 ), Maka ia akan diberi kemudahan untuk melintas/ menyeberangi lautan api seperti secepat kilat yang menyambar.

28. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhdelapan ( 28 ), Maka Allah akan memberikan kepadanya 1000 derajat dalam Surga.

29. Sholat Tarawih di malam ke duapuluhsembilan ( 29 ), Maka Allah memberikan kepadanya ganjaran 1000 ibadah haji yang mabrur (diridhoi Allah).

30. Sholat Tarawih di malam ke tigapuluh ( 30 ), Maka Allah berkata : Hai hamba-hambaku makanlah buah-buahan dari surga dan mandilah dengan ari Salsabil juga minumlah air Kautsat, Saya tuhanmu dan engaku Hamba-Ku yang sholeh. 


Mencari Keberkatan Dalam Bersahur

  • Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW :
  • “Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari
  • Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.”
  • Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah SAW :
  • “Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.
  • Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :
  • “Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.
  • Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah SAW :
  • “Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” – Hadis riwayat al-Bukhari.
  • Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
  • “Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” – Surah al-Baqarah: Ayat 187
  • Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:
  • “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w .” – Hadis riwayat al-Bukhari.
  • Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.”
  • Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
  • Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .
  • Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.
  •  
  • Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
  •  
  • 1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
  • 2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
  •  

Tidak ada komentar:

Posting Komentar